KELUARGAKU SYURGAKU
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni 29 April 2015 masih diberi peluang untuk bernyawa dan dipanjangkan umur.
Terlebih dahulu ingin saya mohon doa anda semua yang membaca blog ini untuk mendoakan kesejahteraan keluarga saya.Semoga Syahirah dan keluarganya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur mereka, sentiasa diberi kesihatan tubuh badan dan berjaya didunia dan akhirat dan semoga orang yang mendoakan diberi kesejahteraan hidup dan dipermudahkan segala urusannya..Amin.
Terima kasih atas doanya dan semoga kita sama-sama dapat keberkatannya, Amin. Disini ingin saya berkongsi seba sedikit mengenai keluarga saya yang tercinta. Saya mempunyai keluarga yang besar dan meriah. Semoga keluarga kami merupa salah satu keluarga paling bahagia dan paling diredhai atas dunia ini dan juga diakhirat sana.
Saya mempunyai seorang ayah yang dipanggil 'abah' oleh kami adik-beradik. Datuk kami telah memberi nama yang sangat indah untuk abah iaitu Mohd Nasir Bin Salleh. Beliau banyak sangat berkorban untuk kami sekeluarga, pengorbanan beliau tidak dapat kami balaskan dan hanya doa yang dapat kami berikan kepadanya.
Selain itu, bonda tercinta kami iaitu Norhayati binti Yusof. Mama kami yang banyak sangat bersusah payah untuk kami adik-beradik. Walaupun beliau seorang surirumah tangga, kami tahu beliau sangat penat untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mama adalah ibu yang terbaik untuk kami dan tidak ada yang dapat menggantikan beliau.Saya sayang mama saya.
Disamping itu, saya mempunyai dua orang abang, empat orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Walaupun kami suka bergaduh-gaduh manja tapi kami sangat rapat antara satu sama lain kerana telah ada satu fakta yang mengatakan bahawa 'bukan adik-beradik lah jika tidak bergaduh' kerana dengan itulah yang mengeratkan lagi antara kami.
Saya bersyukur sangat mempunyai keluarga yang boleh dikatakan besar dan meriah. Bila ada majlis atau menyambut hari raya, ia sangat meriah dan kami sama-sama bergembira dan disitu perasaan saya sangat bahagia sekali kerana kami dapat berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan keluarga yang bahagia untuk saya. Sampai disini sahaja yang dapat saya berkongi mengenai keluarga saya, harap anda semua terhibur.Teima kasih kerana membaca :)

No comments:
Post a Comment